Petua Hilangkan Bau Badan

Selain menggunakan wangian dan beberapa produk untuk hilangkan bau badan berkenaan, terdapat juga beberapa petua tradisional yang telah diamalkan oleh orang dulu-dulu dengan menggunakan bahan semulajadi

1. Daun Sirih

Khasiat dan kelebihan daun sirih telah terbukti dan ianya bertindak sebagai antiseptik malahan ia juga turut mengandungi zat yang sangat aktif untuk tujuan menghilangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria yang menyerang.



Cara untuk mengamalkan petua ini adalah dengan mengambil 5 helai daun sireh dan terus direndamkan ke dalam bekas atau teko yang mengandungi air panas. Setelah beberapa ketika air rendaman tersebut didapati suam, anda harus meminumnya sebagai langkah untuk mengatasi tubuh badan anda yang berbau itu

2. Bunga Cengkih

Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam secawan air panas. Sila pastikan dan rendamkan bunga cengkih tersebut sehingga kembang sebelum diminum ketika airnya menjadi suam. Amalan meminum air rendaman bunga cengkih juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan badan berbau busuk.




3. Timun

Timun juga adalah antara salah satu sayuran terbaik untuk manusia dan ia juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan bau badan. Caranya mudah sahaja dengan memotong sebiji timun tersebut kepada beberapa bahagian yang anda inginkan.


Ketika anda sedang mandi, gosokkan kepingan timun yang dipotong itu tadi ke bahagian badan anda selama beberapa minit dan kemudiannya dibilas dengan air bersih.

4. Limau Nipis atau Lemon

Limau nipis atau lemon boleh juga digunakan untuk tujuan membuang bau yang terdapat di badan anda. Sila perahkan salah satu daripada buah ini beberapa biji ke dalam air mandian anda dan kemudiannya tambahkan sedikit air ros atau air dari ekstrak bunga lain yang wangi. Anda harus mandi dengan menggunakan air campuran ini dan perlu diamalkan setiap hari agar keberkesanannya terbukti.




5. Tomato

Buah tomato adalah antara yang terbaik juga untuk tujuan ini. Sila hancurkan sekurang-kurangnya dua biji tomato dan sila campurkan dengan daun sage.





Kemudiannya sapukan campuran daun sage dan tomato itu tadi ke beberapa bahagian badan anda yang sering berpeluh dan berbau seperti ketiak, leher dan juga badan anda. Biarkan sapuan tersebut selama sekurangnya 15 minit sebelum anda meneruskan mandian dan bilas sehingga bersih.

Comments

Popular posts from this blog